Terma & Syarat
Dikemas kini: 28 November 2026
Terma ini terpakai bagi pembelian dan penggunaan produk digital Intern Jadi Aset yang dijual oleh Shuza Entreprise(“kami”). Dengan membuat pembelian, anda bersetuju dengan terma ini.
1. Produk
- Produk ini ialah produk digital: ebook (PDF), templat dalam Google Sheets dan Google Docs, kalkulator dalam talian dan bahan sokongan, mengikut pakej yang dibeli seperti diterangkan di halaman jualan.
- Pakej Pro KESAN termasuk satu sesi setup 1:1 selama 90 minit dalam talian. Tarikh sesi ditetapkan bersama melalui e-mel dan perlu digunakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembelian.
- Tiada barang fizikal dihantar.
2. Harga dan bayaran
- Semua harga dalam Ringgit Malaysia (RM). Bayaran diproses oleh penyedia gerbang pembayaran pihak ketiga; kami tidak menyimpan butiran kad atau akaun bank anda.
- Pesanan disahkan selepas bayaran berjaya diterima.
3. Akses
- Pautan ebook dan kit dihantar secara automatik ke e-mel yang anda masukkan semasa membeli, sejurus selepas bayaran disahkan. Pastikan e-mel itu betul dan semak folder spam.
- Jika anda tidak menerima pautan dalam masa 1 jam, hubungi kami dengan nombor invois anda.
4. Lesen penggunaan
- Pembelian memberi anda lesen untuk menggunakan bahan ini dalam perniagaan anda sendiri, termasuk menyalin dan mengubah suai templat untuk kegunaan dalaman syarikat anda.
- Anda tidak dibenarkan menjual semula, berkongsi secara awam, mengedar atau menuntut hak cipta ke atas ebook atau kit ini, sama ada sepenuhnya atau sebahagian.
- Pautan akses adalah untuk kegunaan pembeli dan syarikatnya sahaja, dan tidak boleh dikongsi secara awam.
5. Penafian
Kandungan ini ialah panduan pengurusan berdasarkan pengalaman penulis. Ia bukan nasihat undang-undang, cukai atau perakaunan. Keputusan bergantung pada cara anda melaksanakannya, dan kami tidak menjamin hasil tertentu. Untuk soal undang-undang pekerjaan atau perjanjian latihan industri, rujuk pihak institusi pengajian dan penasihat bertauliah.
6. Pemulangan wang
Pemulangan wang tertakluk kepada Polisi Refund kami.
7. Perubahan terma
Kami boleh mengemas kini terma ini dari semasa ke semasa. Terma yang terpakai ialah versi pada tarikh pembelian anda.
8. Undang-undang
Terma ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia.
Hubungi kami
Shuza Entreprise (SSM 003630266-V)
E-mel: bantuan@internjadiaset.com